Tahun 2018 merupakan tahun di mana anda sebagai peniaga online wajib menggunakan video dalam menjalankan marketing. Tak kisahlah di facebook, instagram atau mana-mana medium pengiklanan yang tersedia. Nak tahu kenapa kena guna video? Cuba anda tengok iklan di TV, anda terpaksa dan dipaksa untuk tengok iklan setiap 15 minit atau kurang dari tu. Bukan satu dua iklan pulak tu kan? Cuba anda bayangkan jika tayangan iklan tu sama sahaja penyampaiannya, bosan ke bosan? Samalah macam di facebook atau instagram. Dah jadi macam pasar, walhal tempat bersosial. Anda perlukan cara baru untuk sampaikan iklan anda pada audiens supaya mereka tak rasa terganggu dan abaikan sahaja iklan tu. Salah satu caranya ialah melalui video iklan. Ramai sifu marketing pun sarankan sebab boleh rendahkan kos iklan, naikkan CTR, dan segala macam istilah facebook ads analisis lah. Upah orang buat video mahal tau! Ribu riban. Tak percaya? Cubalah survey di Fiverr atau Freelancer . Baik anda baca ...
Tips dan panduan untuk orang berniaga