Memulakan bisnes online adalah suatu perjalanan yang memang menyeronokkan, tapi anda juga pasti takan tempuhi pelbagai cabaran sepanjang perjalanan itu nanti. Cabaran pertama yang selalu di hadapi oleh peniaga online ialah bagaimana nak pilih produk jualan dengan betul. Keputusan ini penting untuk memastikan bisnes anda tu nanti berjaya. Tetapi, dengan adanya berjuta pilihan produk dan pembekal, serta saingan dari penjual lain, di mana sepatutnya anda mula? Anda mesti selalu dengar tentang mereka yang dah berjaya buat duit lima-, enam-, atau tujuh angka dengan menjual produk secara online. Tapi, tahukah anda bagaimana mereka semua tu cari produk yang konfirm laku keras, buat kajian pasaran dan cari pembekal untuk memastikan impian bisnes mereka menjadi realiti? Jika sebuah syarikat biasanya mempunyai department yang di beri tugas dalam pemilihan, validasi dan menjaga sumber produk. Peniaga online pula akan melakukan semuanya sendirian sahaja. Nampak macam rumi...
Tips dan panduan untuk orang berniaga