Skip to main content

Ketahui Bagaimana Top Sellers Cari Produk Hot Untuk Buat Jualan 7 Angka Sebulan Secara Online


Memulakan bisnes online adalah suatu perjalanan yang memang menyeronokkan, tapi anda juga pasti takan tempuhi pelbagai cabaran sepanjang perjalanan itu nanti. Cabaran pertama yang selalu di hadapi oleh peniaga online ialah bagaimana nak pilih produk jualan dengan betul.

Keputusan ini penting untuk memastikan bisnes anda tu nanti berjaya. Tetapi, dengan adanya berjuta pilihan produk dan pembekal, serta saingan dari penjual lain, di mana sepatutnya anda mula?

Anda mesti selalu dengar tentang mereka yang dah berjaya buat duit lima-, enam-, atau tujuh angka dengan menjual produk secara online. Tapi, tahukah anda bagaimana mereka semua tu cari produk yang konfirm laku keras, buat kajian pasaran dan cari pembekal untuk memastikan impian bisnes mereka menjadi realiti?

Jika sebuah syarikat biasanya mempunyai department yang di beri tugas dalam pemilihan, validasi dan menjaga sumber produk. Peniaga online pula akan melakukan semuanya sendirian sahaja. 

Nampak macam rumit dan renyah kan? Tapi sebenarnya proses pemilihan produk ini mudah sahaja dengan adanya bantuan online tools yang bagus.  Anda hanya perlu peruntukkan sedikit masa dan juga usaha sahaja.

..
Cari Produk Hot (Yang Menguntungkan!)




Sebenarnya ada banyak produk hot dengan marjin keuntungan yang besar yang anda boleh jumpa dengan mudah di luar sana.

Tapi, kebanyakkan top sellers menasihati agar anda kenalpasti dulu kategori produk yang anda nak jual. Cari produk hot dalam kategori (niche) yang sesuai dengan minat dan kegemaran peribadi anda. 

Ini kerana, jika anda berniaga dalam pasaran atau niche yang anda minat, lebih memudahkan dan anda akan dapat lebih keseronokan dalam berbisnes. Ini penting untuk memastikan bisnes anda mampu bertahan lama.

Mungkin anda mempunyai minat dan pengetahuan tentang kesihatan dan kecerdasan, produk kecantikan, pakaian atau gajet dan sebagainya. Walau apa pun minat dan kesukaan anda, itulah pilihan kategori produk jualan yang terbaik buat anda.

Walaubagaimanapun, secara realitinya, boleh di katakan semua top sellers sendiri pun abaikan minat mereka dan lebih mengutamakan permintaan pasaran dalam pemilihan produk hot ni. Hehe.

..

Buat Kajian Pasaran (Market Research)

Bila anda dah tahu pasaran atau niche yang anda nak fokus dan buat, perkara pertama yang semua top seller akan buat ialah research. Anda boleh mula dengan melayari online marketplace seperti eBay, Aliexpress, Amazon, Shopee, Lazada dan sebagainya untuk lihat produk apa yang sedang trending dalam niche anda.

Kesemua website di atas ni mempunyai "bestseller list" yang boleh membantu anda untuk mengetahui produk yang sedang popular dan mendapat permintaan ramai. 



Selain itu, top sellers juga biasanya memanfaatkan juga platform sosial media seperti Facebook, Instagram, Pinterest dan sebagainya untuk mendapatkan inspirasi dan idea.

Seterusnya, melakukan "keyword research" dapat membantu anda menyelami lagi daya maju atau potensi sesuatu produk.

Google trends adalah tools online percuma yang menunjukkan kepada anda kekerapan sesuatu perkataan atau istilah telah di cari dalam satu tempoh tertentu. Ini akan dapat memberikan anda idea dan gambaran samada produk tersebut trending atau kurang sambutan.

Sebagai contoh, jika anda ingin menjual tudung yang trendy, anda boleh buat perbandingan minat (interest) wanita di Malaysia kepada tudung jenis shawl dan tudung bawal (lihat gambar di bawah).




Sekiranya anda mempunyai akaun Google AdWords, anda juga boleh menggunakan fungsi "Keywords Planner" untuk membuat kajian keyword ini.

..

Garis Panduan Untuk Produk Best Selling

Sekarang, anda mungkin telah mendapat beberapa idea berkenaan produk apa yang anda boleh jual. Alhamdulillah, satu permulaan yang bagus buat untuk anda. Kami nasihatkan agar anda menggunakan set garis panduan umum pemilihan produk ini, yang mana ianya di gunakan oleh top sellers untuk "narrow down" atau kecilkan pilihan produk yang mereka ada.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah peraturan ketat yang anda harus ikut. Terpulang kepada anda. Garis panduan ini hanyalah untuk membantu anda mendapatkan produk yang menarik dan bertujuan untuk mengurangkan pengambilan risiko anda dan bakal pelanggan anda nanti.

  • Adakah produk tersebut tahan lasak dan mudah untuk di edarkan?
  • Adakah harga runcitnya berada dalam "sweet spot" iaitu RM15-RM200?
  • Adakah ianya kecil dan ringan?
  • Adakah ianya bermusim?
  • Adakah ianya mudah untuk digunakan?
  • Adakah ianya berada dalam pasaran yang trending, stabil dan membangun?

Secara umumnya, produk yang ideal untuk di jual secara online mestilah fleksible, boleh muat dalam kotak kasut, dan di jual antara RM15 hingga RM200 dengan marjin keuntungan sekurang-kurangnya 20-40% sepanjang musim. 

Ada juga produk bermusim yang mampu memberikan keuntungan besar kepada peniaga, contohnya seperti kuih raya. Namun, kami pasti anda lebih inginkan produk yang mampu berikan keuntungan sepanjang tahun.

Antara persoalan lain yang di titik beratkan oleh top sellers sebelum memilih sebarang produk termasuklah:

  • Siapakah kustomer berpotensi anda?
  • Berapakah saiz pasaran anda?
  • Apakah potensi jualan dan marjin keuntungan anda?
..

Cara Pemilihan Produk Yang Pasti Laku (dan bagi anda duit!)

Anda perlu kenalpasti tiga perkara, iaitu kadar jualan, harga purata dan persaingan. Kadar jualan bagi sesuatu produk boleh di tentukan dengan melihat jumlah produk tersebut yang telah terjual.  Harga purata pula di tentukan dengan melihat harga bagi hasil jualan terbanyak. 

Anda boleh lakukan dua kajian ini dengan menggunakan online marketplace seperti eBay. Untuk persaingan pula, anda boleh lihat jumlah seller yang menjual produk yang sama di marketplace yang popular Malaysia seperti Shopee atau Lazada.

..

Alhamdulillah, selesai bongkarkan sedikit rahsia top seller. Setakat ini, anda jelas?

Buat anda yang masih juga blur atau ingin dapatkan idea awal tentang produk yang sedang trending di pasaran sekarang ini, kami ada senaraikan 7 idea hot produk untuk anda. Boleh klik butang di bawah untuk download secara percuma.


Kami tak minta banyak, cuma berharap anda sudi share artikel ini sebagai tanda terima kasih dan sokongan buat kami. Untuk itu, kami doakan anda berjaya dan menjadi usahawan yang kaya raya. Amin. All the best! ðŸ˜˜


Regards,
Team InfoTrendNiaga